STEP BY STEP CARA MEMBUANG DAN MEMASANG KOMPONEN CPU
FASA 1
LANGKAH-LANGKAH SEMASA MEMBUKA KOMPONEN KOMPUTER
Fasa pertama ialah fasa untuk membuka komputer.Pertama sekali kita perlu mempunyai peralatan untuk membuka CPU iatu pembuka skru seperti gambar di bawah
Perhatikan gambarajah di bawah di bawah. Ini adalah pandangan belakang CPU yang akan kami buka
Setelah skru semua skru dibuka.Penutup casing boleh diangkat dan dikeluarkan. Kita akan dapat melihat kandungan CPU seperti gambar di bawah
Cabut floppy cable yang menyambung ke motherboard.Sila perhatikan gambar di bawah
Kemudian cabut IDE cable yang bersambung dengan Motherboard dan Hardisk.
Kemudian keluarkan Hard disk seperti gambar di bawah
Pastikan anda keluarkan keempat-empat skru pada power supply
Kemudian keluarkan power supply seperti gambar di bawah
Buka kedua-dua klip pada RAM, kemudian keluarkan secara perlahan-lahan
Gambar dibawah menunjukkan keadaan di mana RAM berjaya dikeluarkan
Sekarang keluarkan kesemua skru pada Motherboard
Kemudian keluarkan motherboard dengan perlahan-lahan
Sekarang keluarkan CD ROM drive dengan perlahan lahan
Perhatikan gambar di bawah. Kesemua komponen telah berjaya dikeluarkan dari casing
Gambar dibawah menunjukkan casing yang telah berjaya dikosongkan
Fasa pertama ialah fasa untuk membuka komputer.Pertama sekali kita perlu mempunyai peralatan untuk membuka CPU iatu pembuka skru seperti gambar di bawah
Perhatikan gambarajah di bawah di bawah. Ini adalah pandangan belakang CPU yang akan kami buka
Setelah skru semua skru dibuka.Penutup casing boleh diangkat dan dikeluarkan. Kita akan dapat melihat kandungan CPU seperti gambar di bawah
Cabut floppy cable yang menyambung ke motherboard.Sila perhatikan gambar di bawah
Kemudian cabut IDE cable yang bersambung dengan Motherboard dan Hardisk.
Kemudian keluarkan Hard disk seperti gambar di bawah
Pastikan anda keluarkan keempat-empat skru pada power supply
Kemudian keluarkan power supply seperti gambar di bawah
Buka kedua-dua klip pada RAM, kemudian keluarkan secara perlahan-lahan
Gambar dibawah menunjukkan keadaan di mana RAM berjaya dikeluarkan
Sekarang keluarkan kesemua skru pada Motherboard
Kemudian keluarkan motherboard dengan perlahan-lahan
Sekarang keluarkan CD ROM drive dengan perlahan lahan
Perhatikan gambar di bawah. Kesemua komponen telah berjaya dikeluarkan dari casing
Gambar dibawah menunjukkan casing yang telah berjaya dikosongkan
FASA 2
PENGENALAN KEPADA KOMPONEN KOMPUTER
Setelah
kita membuka setiap komponen.Hasilnya adalah seperti gambar di bawah. Maka
dalam fasa kedua ini adalah fasa untuk kita mengenal nama komponen serta
fungsinya.
MOTHERBOARD
Motherboard
merupakan antara yang terpenting dalam komponen komputer.Fungsi Motherboard
adalah tempat memasang atau meletakkan berbagai komponen seperti prosessor,
card, memory, IDE cable, FDD cable dan BIOS.
SLOT & SOKET PROSESSOR
Slot
& soket prosessor merupakan tempat untuk meletakkan processor.Ia mudah
ditemui kerana mempunyai cirri-ciri yang spesifik iaitu berbentuk segiempat dan
berwarna putih.
SLOT PCI
Slot
PCI merupakan saluran 32 bit dan 64 bit tahap local bus yang mengawal bus
pembesaran terus ke CPU. Maka proses kerja komponen yang menepatinya akan
menjadi cepat kerana terus diakses oleh CPU tanpa melalui komponen lain. Slot
PCI berwarna putih dan terdiri dari dua saluran .
SLOT MEMORI RAM
Slot ini berfungsi untuk meletakkan RAM. Slot
memori ini mudah dikenali kerana mempunyai pin yang banyak.
PROSESSOR
Prosesor
merupakan otak dan pusat yang mengendalikan komputer dan ia disokong oleh
komponen-komponen yang lain seperti data bus dan chipset. Gambar di bawah
menunjukkan prosessor jenis Intel Pentium III yang mempunyai Front Side Bus
Pc-133.
CHIPSET MOTHERBOARD
Fungsi
chipset adalah untuk mengawal atau membahagikan fungsi dalam motherboard.
Chipset boleh dikenali dengan membaca label pada permukaan. Chipset dalam
gambar di bawah adalah jenis Intel.
HEATSINK DAN CPU FAN
Heatsink
dan CPU Fan adalah alat untuk menyejukkan prosessor supaya tidak terlalu
panas.Sangat penting dan perlu dipasang pada CPU bagi mengelakkan CPU rosak.
RAM
RAM
adalah berfungsi untuk menyimpan data supaya dapat diakses oleh CPU dengan
pantas.
Data
disimpan secara sementara dan akan hilang jika bekalan elektrik terputus.
HARD DISK
Hard
Disk merupakan media yang digunakan untuk booting dan menyimpan data. Hard Disk
dalam gambar di bawah adalah jenis IDE (integrated device electronics). Hard
Disk jenis ini mempunyai 40 pin
HARD DISK BRACKET
Digunakan
untuk memegang dan melindungi Hard Disk.
JUMPER DAN DIP SWITCH
Setting
jumper merupakan kaedah untuk mengaktifkan atau tidak sesuatu peralatan. Jumper
digunakan untuk menyambung dua pinmembolehkan ia berada dalam status ON atau
short.Sekiranya tidak dihubungkan statusnya OFF atau open.Gambar yang ditanda
di bawah merupakan DIP switch dan peranannya adalah sama seperti jumper.
PORT KOMUNIKASI
Port
Komunikasi adalah laluan untuk memindahkan data ke peripheral atau
hardware. Semua port mempunyai kelajuan
yang berbeza bergantung kepada jenis port dan kelengkapan yang disambung
padanya.
POWER SUPPLY
Power
Supply berfungsi untuk mengubah tegangan AC menjadi DC bagi dibekalkan kepada
komponen yang memerlukan arus dan tegangan pada Motherboard.
KABEL DATA
Kabel
data merupakan interface antara pin disk dan disk. Terdapat dua jenis kabel
data iaitu Kabel Hard Disk (IDE) dan Kabel Floppy Disk(FDD). Sila lihat gambar
dibawah untuk membezakan kedua-dua jenis kabel.Kabel FDD lebih kecil berbanding
IDE.
FLOPPY DISK
Floppy
Disk merupakan alat untuk membaca disket.Ia dilengkapi dengan jarum bermagnet
dan tersambung ke Motherboard.
FLOPPY DISK BRACKET
Floppy
Disk Bracket merupakan tempat menyimpan dan melindungi Floppy drive.
KAD NETWORK
Kad
network juga dikenali sebagai LAN atau kad internet.Ia digunakan sebagai
penghubung kepada jaringan komputer sama ada setempat ataupun internet.
CASING
Casing
komputer merupakan tempat perlindungan komponen dan hardware komputer supaya
terhindar dari gangguan luar yang boleh mengakibatkan kerosakkan. Terdapat dua
jenis casing iaitu desktop dan tower casing. Casing di dalam gambar di bawah
adalah jenis Tower.
FASA 3
LANGKAH-LANGKAH SEMASA MEMASANG KOMPONEN KOMPUTER
Fasa
ketiga merupakan fasa untuk kita memasang semula kesemua komponen yang terlerai
tadi
Mula-mula masukkan
kembali Motherboard ke dalam Casing seperti gambar di bawah.Pemasangan
Motherboard perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana bentuknya nipis dan
memiliki rangkaian elektronik yang sukar
Pasangkan Heatsink dan CPU fan seperti gambar
dibawah
Kemudian sambungkan wayar CPU fan ke soket kipas
CPU pada Motherboard
Pasang RAM pada tempatnya dengan teliti .sudut
memori yang lazimnya berlekuk dan celah
berada di bahagian bawah. Jika pemasangan terbalik, memori akan sukar untuk
dimasukkan
Kemudian pasang CD ROM drive dengan betul dan
ketatkan kedudukannya dengan selak secara teliti. Kemudian skru di kedua-dua
belah CD ROM drive
Gambar di bawah menunjukkan sambungan dibuat
anatara CD ROM drive dengan Motherboard
Kemudian
masukkan Floppy Disk Drive ke dalam Floppy Drive Drive Bracket seperti gambar
di bawah
Masukkan Hard Disk seperti gambar di
bawah.Pastikan dipasang di tempat yang betul dengan berhati-hati.Pasangkan
kesemua skru pada Hard Disk dengan ketat
Pasangkan SATA cable pada Hard Disk Seperti
gambar di bawah. Pastikan kedudukan kabel dipasang dengan betul dan kemas
Pasangkan Floppy Disk cable pada Floppy Disk
Drive
Sila pastikan anda telah membuat penyambungan
wayar power ke Motherboard bagi Floppy disk drive, CD ROM drive dan Hard Disk
Drive
Pasangkam Penutup bahagian depan CPU denagan
cermat. Pastikan dipasang dengan kemas pada setiap klip
xo, Friday, 28 March 2014.